Saturday, February 6, 2010

Masak-masak....

Chef terkemuka dunia kebanyakannya adalah lelaki. So, dalam erti kata lain kebanyakan lelaki boleh dikatakan pandai memasak tak ketinggalan juga aku. Tapi, kepandaian ku ini dan kebendulan diri ini telah membuat orang senang-senang je pijak aku. Kalau dulu, aku masak, housemate aku yang lain tolong cuci kuali, periuk nasi cuma aku cuci pinggan sendirilah dan juga sebaliknya. Maka, minat aku terhadap memasak kian memuncak kerana adanya kerjasama dan toleransi antara kami semua. Selepas aku masak, mesti aku letih (dah badan besar macam badak) housemate aku pun faham keadaan dan ringan tulang untuk membantuku.

Itu kisah dulu.

Ini kisah sekarang.....

Setengah tahun yang pertama aku fikir dapat 'survive' dengan bab masak-memasak ni. Kalau dulu, aku masak, ada yang membantu...... Sekarang? Kau masak kau cuci, aku masak aku cuci..... Kalau aku masak, semua makan sedap jer. Habis makan masing-masing cuci pinggan sendiri. Pinggan lauk sapa yang cuci? Boleh cuci sendiri ke? Macam mana ngan kuali dan periuk nasi? Aku jugak yang cuci. Apa boleh buat... Dah namanya mengamalkan undang-undang baru. Kau masak kau cuci, aku masak aku cuci.....

Kalau korang nak tau, pegi jer kat dapur rumah kitorang tu, ada yang masih belum dicuci lagi...... Kuali bekas aku goreng ikan pari masin, aku masak, aku beli guna duit sendiri tapi TIGA orang makan. Bukan aku nak berkira.... apa sangatlah RM2.00 untuk ikan masin tuh. Yang buat aku sakit hati ni, sanggup letak kuali kat dapur tapi x cuci. Dahlah masih ada minyak.... Apalah salahnya TOLONG CUCI. Bukannya lama pon.... Aku nak cuci tapi aku ingat nak bagi TUNJUK AJAR sikit kat diorang.

Ni nanti aku nak masak Maggi + telur...... Sengaja bagi telur dengan kuah kari sikit melekat kat kuali dengan mangkuk, sudu, dan garpu yang dah aku guna x bercuci. Biar je kat sinki... Kuali pula kat dapur. Kita tengok kuali apa yang paling hebat.... Sapa yang akan cuci.... Aku nak cuci? Jangan harap! Aku ni dah biasa hidup sederhana dan aku tahu bagaimana hidup tanpa kuali. I'M A SURVIVOR! Aku ada transport (boleh g mana, sure takkan bosan). Lagipun aku tau hot spot untuk makan-makan.

Perut dah lapar ni.... Bagus aku kuar kejap dengan transport aku kuar jalan-jalan cari makan. Tak ler aku bosan sangat.

No comments:

Post a Comment