Saturday, February 6, 2010

Minyak oh minyak!

Minyak?

RM2 untuk 97, RM 1.80 untuk 95. Ni bukan ceritera pasal analisis harga minyak. Ada cerita di sebalik minyak....

Ia bermula begini....

Aku pelanggan setia Shell dan seminggu sekali akan isi minyak sebanyak RM30 untuk mengikuti peraduan Shell Fuel Save. Hmmm? RM30? Itulah jumlah yang dibayar oleh aku dan member aku. Boleh dikatakan dalam sebulan seorang bayar untuk satu minggu. Kami berempat jadi dalam sebulan ada 4 minggu. Korang kira-kiralah ye?

Masalah?

Kadang-kadang eh? Bukan kadang-kadang, tapi selalulah minyak RM30 itu yang digunakan untuk turun kerja dah habis tak sampai seminggu. Aku ada minta tambah tapi dibalas dengan muka monyok. Orang Sarawak madah, kedak x maok ja..... Daripada bertikam lidah, aku jugak juga banyak mengalah. Balik-balik aku juga yang mengalah.... Sampai naik rimas asyik mengalah je. Last last aku isi minyak dengan duit sendiri paling kurang RM20. Boleh lebih RM200 dah aku belanjakan untuk itu. Maka luahan hati ini terkeluar juga kat sini kerana aku kena tempias orang yang kurang berpuas hati. Bercerita pasal kereta, terpenjara, dan bosan (sesiapa yang terasa buakan nak mengungkit tapi cuma ingin mengisi ruang blog).

No comments:

Post a Comment